24 July 2015

PERANAN TOKSIN DALAM PENYAKIT , ARTIKEL PENTING DOKTOR ZUBAIDI

PERANAN TOKSIN DALAM PENYAKIT

Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi bahawa, faktor utama yang menyebabkan organ-organ dan tubuh mengidap pelbagai jenis penyakit ialah kerana toksin atau racun dalam badan.

Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran, antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.


Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, dan bahan tambahan yg berbahaya.

Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan asthma, selain dari faktor keturunan atau genetik.

Di dalam sistem fisiologi tubuh, toksin yang berada di dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.

Pengambilan makanan terlalu berasid seperti makanan yang diproses seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak akan menyumbang kepada masalah kesihatan.

Antaranya ialah penyakit kulit. Ia terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, dermatitis dan ruam.

Tumor juga berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan.

Demam yang bukan disebabkan oleh jangkitan kuman adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menelan toksin di dalam badan, kadar metabolisme semakin tinggi, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung (cardiomegaly) sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis biokimia semul yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

Selain itu toksin bertanggung jawab secara langsung atau tidak langsung untuk alergi, asthma, karang pada pundi hempedu dan karang pada ginjal, pengerasan saluran darah, sakit sendi, sembelit, perut kembung, barah dan kemerosotan daya seksual.

Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksin dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja


SUPER KREDIT : ARTIKEL : DOKTOR ZUBAIDI

*********************************************************************************

Sengaja aku letak 100% (tanpa edit ) karangan Doktor Zubaidi ini sebab korang tak akan pertikaikan. Jom ikhtiar singkirkan toksin yang amat-amat berbahaya ini

Antara ikhtiar cadangan nutrisi untuk detoks dan buang toksin ialah ;

set detoks shaklee
Set super detoks shaklee

BACA ENTRI SEPENUHNYA FUNGSI SET DETOKS SHAKLEE INI ; DISINI


Allah Maha Penyembuh

Be with us..
NZ World Kingdom
Founder & Director

INFO LANJUT :-
FB : Muhammad Nizam
sms/whatsapp : 013-976-1627
emeil : alluana35@gmail.com

5 comments:

  1. terima kasih di atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  2. Memang toksin sangat bahaya kepada tubuh. Pembunuh senyap juga ni. Kalau tak singkirkan toksid-toksid ni, makanlah supplement apa pun tak akan berkesan sebab tubuh tak dapat nak serap khasiat dek kerana toksid tadi dah menghalang.

    Wahhh... memandai plak bagi ceramah kat sini.. hehehehehe..

    Pesanan penaja : SINGKIRKAN TOKSID DARI TUBUH ANDA....!! Sayangi diri dan keluarga... gituuuwwww... :)

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.