14 July 2015

Antara kenangan mengusik jiwa ketika Ramadhan di Mesir ialah suasana malamnya yang hidup. Bukan setakat hidup warna-warni lampu sepanjang jalan , riuh rendah warganya , tapi hidup rohaninya. Hidup ruh Ramadhannya

Antara qari yang terkenal di serata dunia yang berwarganegara Mesir ialah Syeikh Muhammad Jibril. Syeikh Jibril yang bersuara amat merdu ini, pernah datang jemputan ke Malaysia , bercita-cita menjadi ahlul Quran sejak kecil dan dididik dalam suasana AlQuran. Kemerduan dan kenyaringan suaranya menangkap minat warga Mesir dan serata dunia termasuk la orang Malaysia

Syeikh Jibril dilantik menjadi Imam tetap di Masjid Amru Al 'Asr , masjid yang pertama dibangunkan oleh sahabat Rasulullah yang dikepalai oleh Amru bin Al 'Asr di benua Afrika ini setelah berjaya menakluk Mesir di tangan Rom

Masjid Amru Al 'Asr terletak di daerah Fustat. Walaupun Syeikh Jibril banyak mendapat jemputan imam terawih di beberapa negara , tapi selalunya pada 27 Ramadhan , Syeikh Jibril akan pulang ke Mesir dan menjadi imam terawih pada malamnya di Masjid Amru Al ' Asr. Sedari siang hari, berbondong-bondong , berduyun-duyun manusia akan mula memenuhi masjid , ruang legar , kaki lima dan kawasan berhampiran sekitar masjid

Jalan raya akan mula sesak sejak siang hari lagi. Adakalanya sesudah asar , pintu pagar masjid mula ditutup. Lautan manusia sudah padat membanjiri. Ada juga yang telah beriktikaf di masjid itu sejak semalamnya atau sejak masuknya 10 hari terakhir Ramadhan. Haibat kan

Bacaan solat terawih oleh Syeikh Jibril kadang-kadang , bagi siapa yang tak tahan fizikal dan mental , memang akan balik awal. Rebah . Hehe


3 comments:

  1. ooo..mesti best kan kalau dengar bacaan beliau tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. cd bacaan beliau pun ada di kedai2 jual.. boleh cari

      Delete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN