24 July 2015

JAGALAH AYAM MASING-MASING!

Tak tahulah , selain wabak rempit yang sekian lama melanda kampung durian burung, tempat aku bermukim ni, ada satu lagi wabak yang sangat viral seviralnya sejak dua menjak ni. Wabak itu ialah ayam. Ye ayam. Bermacam ayam. Ayam-ayam peliharaan jiran dekat dua tiga belah rumah yang sering masuk ke rumah orang lain termasuk lah kawasan rumah kami

Kalau masuk saja-saja bersantai berlenggang nak cari makan , boleh tahan sabar lagi. Si naurah ni pun suka tengok ayam-ayam ni. Paling tak patut dan dosanya ialah masuk dengan pakej berak semahu mahunya merata tempat. Tak ke jenuh kita pulak nak membasuhnya. Paling tak boleh blah jugak , bila baju-baju di jemuran ampaian, kadang-kadang terjatuh ke tanah ditiup angin kuat. Dah jatuh ke tanah , terkena pula tahi ayam. Terpaksa lah basuh baju tu sekali lagi. Kejam!

(hangpa printscan bagi kat jiran aku naa , aku malu nak bagitahu kat dia sebenarnya, segan pun ya. Risau gak jadi bergaduh nanti)

JANGAN PANDANG ENTENG

Antara adab sesama manusia ialah kejiranan. Antara adab kejiranan juga ialah menjaga haiwan-haiwan peliharaan masing-masing. Ayam lembu, kambing , kerbau hatta kucing sekalipun. Jangan la ambik mudah dan pandang ringan. Mungkin kita tak dengar keluhan jiran dan marah diorang kat kita yang biarkan tahi ayam merata-rata di kawasan rumah orang lain. Sumpah seranah jiran berkepuk-kepuk , hangpa mana nak tau?

Nak pelihara haiwan ke , nak mengembala ikut sunnah Nabi tu bagus. Kasihkan binatang banyak pahala. Tapi kalau sampai menyusahkan jiran dan orang lain , tu bukan pahala lagi dah, tu datangkan bala. Bukan zalim kat jiran saja , zalim kat diri sendiri pun ye juga

kemalangan
Kemalangan

Ni la rupa kereta aku yang kemalangan tahun lepas , snap gambar dalam laporan polis. Kemalangan langgar lembu di jalan bukit besi, dungun. Ye benar la kecuaian aku kan , takkan nak salahkan lembu yang tak berotak tu seratus peratus. Tapi kan.. kalau tuan-tuan lembu tu boleh pastikan lembu-lembu yang dipelihara tidak bermain-main di tepi jalan , berak merata kampung... alangkah bagusnya, kan. Bukan sedikit yang mati kerana kemalangan disebabkan lembu ini

8 comments:

  1. Patut lembu tu jadi hak milik mangsa terlibat kemalangan, boleh jual kat pasar daging..;)

    ReplyDelete
  2. hari tu sebelum raya ada ayam hutan terbang, langgar cermin kereta sisi...nasib tak jadi pape, tengok belakang, ayam lesap...ntah ke mana...seram...

    ReplyDelete
  3. Hmm... Adab kejiranan dan hubungan sesama manusia yang semakin terhakis...

    ReplyDelete
  4. Ayam tak bersalah abang nizam

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.... teruknya kereta.....!! :(
    lembu tu selamat tak..? kesian lembu tu.... hehehehee... :)

    ReplyDelete
  6. *belom abis komen dah tertekan publish*

    sambungan......

    tapi apa Nizam cakap tu betul juga.. tanggungjawab tuan punya binatang peliharaan la utk jaga binatang masing-masing jangan sampai menyusahkan jiran2 dan orang lain.. kannn... binatang2 tu dah tentu tak berakal, tuan2 punya binatang la patut tengok-tengokkan.... haiiihhhh... :)

    ReplyDelete
  7. Hahhaa kan kan .. kalau dah pelihara binatang..sila la jaga bebtul

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.