30 July 2015

FAIL PPB INDIVIDU , PARTITION DAN APA YANG PERLU ADA

FAIL PPB INDIVIDU , PARTITION DAN APA YANG PERLU ADA

Dunia guru , minggu ni ialah minggu akhir (31 Julai ) untuk penilaian pertama menghantar portfolio fail Pembangunan Professional Berterusan (PPB) Individu. Walaupun seluruh negara masih dikejutkan dengan pertukaran kabinet jemaah menteri, tugas menyiapkan fail ppb ini tetap perlu di teruskan. Kabinet jemaah menteri yang baharu sekaligus mengubah kementerian pendidikan.Dua tahun yang lalu , kementerian pendidikan digabungkan di bawah satu bumbung , kabinet baru ini menyaksikan kementerian pendidikan kembali di asingkan antara pengajian tinggi (IPT) dan pendidikan (sekolah) yang mana setiap satunya mempunyai menteri, Dato' Seri Idris Jusoh dan Datuk Mahdzir Khalid

Kesibukan menyiapkan fail ppb di saat-saat akhir juga membantut tenaga dan sedikit mengikis idea aku untuk menulis entri blog (alasan) 

APA YANG PERLU ADA DALAM FAIL PROFILE PEMBANGUNAN PROFEESSIONAL INDIVIDU?


PARTITION FAIL PPB INDIVIDU

Muka Hadapan ( Cover )

- Profil PPB Individu
- Lambang KPM
- Nama
- Jawatan
- Tempat Bertugas
( bahagian tepi fail pun boleh letak - nama , logo Kerajaan Malaysia , logo KPM dan logo sekolah

1 : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
  • VITAE KURIKULUM
- E-Operasi
- E-SPLG
  • FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
- FPN dan Huraian FPN  ( cadangan : masukkan sekali Falsafah Pendidikan Guru dan huraian )
- Ringkasan PPPM
  • SKOP KERJA
- Pekeliling dan surat ikhtisas yang berkaitan dengan bidang tugas
- Terma tugas DG41 dan seteusnya
  • SASARAN KERJA TAHUNAN - SKT selama tiga tahun yang terakhir (terbaharu)

2 : PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
  • MATLAMAT PENGAJARAN / KEPIMPINAN MASA HADAPAN - analisa peperiksaan , e-Prestasi , audit prestasi
  • CADANGAN AKTIVITI PENAMBAHBAIKAN   - post mortem program , refleksi , kajian tindakan dan perancangan program baharu
  • PENYERTAAN DALAM AKTIVITI PPB - penyertaan di dalam sekolah atau luar sekolah sebagai PESERTA - sertakan surat edaran , sijil , minit curai , laporan , dokumentasi , bahan bercetak yang dihadiri dalam mesyuarat, kursus , bengkel , taklimat ,seminar , Ladap

3 : SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI / PROFESION
  • SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
- Manual Prosedur / Buku Pengurusan Sekolah 
- Carta Organisasi
- Surat Lantikan
- Brochure , pamplet program - ada nama dalam senarai ahli jawatankuasa program
  • SUMBANGAN KEPADA KPM / JPN / PPD
Surat edaran , sijil , minit curai , laporan , dokumentasi , bahan bercetak program , majlis sambutan , mesyuarat, kursus , bengkel , taklimat ,seminar , Ladap sebagai : AJK , Fasilittor , Jurulatih Utama (JU) , Urus Setia , Penceramah , Motivator , Pengiring pasukan pelajar dan sebagainya
  • PENULISAN / PENERBITAN
- Kertas kerja , laporan , dokumentasi , bahan powerpoint , artikel ilmiah , buku dan sebagainya

4 : BAHAN BUKTI DALAM PdP / KEPIMPINAN
  • SUKATAN MATA PELAJARAN / RANCANGAN MENGAJAR DAN PENILAIAN / PERANCANGAN STRATEGIK
- Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Tahunan 
- Perancangan Strategik Panitia
  • CONTOH HASIL KERJA
- Lembaran kerja murid , contoh hasil kerja guru , contoh hasil kerja murid , laporan PdP , latihan murid , contoh bahan PBS

5 : ANUGERAH / PENCAPAIAN
  • ANUGERAH PERKHIDMATAN
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC ) - sijil , dokumen bergambar
  • ANUGERAH DALAM PdP / KEPIMPINAN
-  Sijil/dokumen bergambar anugerh/penghargaan yang diperoleh sekolah atau luar sekolah
  • JEMPUTAN UNTUK KONSULTASI , BENGKEL , PENULISAN DAN LAIN-LAIN
- Surat edaran , sijil , minit curai , laporan , dokumentasi bergambar , bahan cetak / powerpoint sebagai moderator / penceramah / motivator


6 : PENILAIAN PdP / KEMPIMPINAN
  • BAHAN BUKTI KEBERKESANAN PENGAJARAN / KEPIMPINAN
 - Laporan pemantau / pencerap dalam sekolah ( pentadbir , pembimbing) atau dari luar sekolah ( PPD , JPN , NAZIR )
  • RAKAMAN VIDEO PENGAJARAN / KEPIMPINAN
-  Video pengajaran , Bahan slide / power point
  • MAKLUM BALAS DAN PENILAIAN DARIPADA MURID / KETUA JABATAN
- Borang SPSK PK 10


*********************************************************************************

Ini lah secara ringkas partition dan bahan-bahan yang perlu dimasukkan dalam fail PPB Individu guru untuk penilaian. Rakan-rakan guru boleh lah menambah apa yang patut yang difikirkan wajar untuk dijadikan bahan penilaian oleh penilai



FAIL PPB AKU
fail ppb aku

partiton fail ppb
partition fail ppb


Ni lah partition fail ppb yang dibeli dari SINI , boleh hubungi beliau , pm di facebook tu. Servis tip top , harga berpatutan dan termasuk penghantaran . In sya Allah lebih jimat dengan pembelian secara borong , pakat dengan rakan-rakan sekolah


Selamat berjuang!

1 comment:

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.