01 July 2015

#Cabaran20Hari Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa , Tahun Kedukaan Itu

Kalau nak cerita pengalaman pahit , tak lain tak bukan buat pertama kalinya kami berpuasa tanpa ayah di sisi. Tanpa celoteh dan keletah ayah. Sangat berbeza puasa dari tahun-tahun sebelumnya

Ayah meninggal beberapa minggu sebelum bulan puasa. Tahun 2008. Tak sempat nak berpuasa dan berhari raya bersama ayah pada tahun itu. Kebetulan aku baru pulang bercuti ( musim cuti semester kuliah ) dari cairo . Rupa - rupanya ada petanda aku kena pulang bercuti. Baru sahaja sampai lima hari bercuti , ayah menghembuskan nafas akhir. Sepanjang tahun 2008 , lima hari sahaja aku sempat luangkan masa dengan ayah. Kebetulan tak ramai orang dalam rumah . Aku dan family kakak sahaja yang ada ketika itu. Ayah pergi dalam pelukan dan dakapan aku. Aku yang ajar ayah syahadah

Tahun itu tahun kedukaan buat kami. Mak kehilangan lelaki cintanya , kami pula kehilangan hero. Lain benar menyambut Ramadhan dan Syawal tahun itu. Kalau dulu berbaju raya untuk ziarah kubur orang lain , sekarang berbaju raya untuk ziarah kubur ayah. Ayah , aku rindu , sangat rindu

Semoga ayah diberi ketenangan di sana. Diampunkan segala dosa , Diredhai Allah dan di terima segala amalan


#Cabaran20Hari Day 5
#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari


Love and Faith

abuya

6 comments:

  1. Al-fatihah untuk ayah ye..
    kesedihan akibat Kehilangan orang yang disayangi memang ambil masa lama untuk sembuh..

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah untuk arwah... mmg sedih la kan... pasti berbeza sgt.

    ReplyDelete
  3. Kenangan pahit yang hampir sama dalam entry tajuk ni.. bezanya kisah ai mengenai arwah Wan ai..

    ReplyDelete
  4. subhanallah.alhamdulillah saat-saat akhir bersama arwah.al-fatihah

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.