15 July 2015

#Cabaran20Hari Menu Wajib Pagi Raya

Puasa tak habis lagi dah nak cerita menu pagi raya ya? Kalau ikut tradisi nostalgia turun temurun keluarga kami , menu wajib  wajib pagi raya haruslah ketupat dan rendang yang mak masak. Ketupat tu kadang-kadang kami rebus sendiri , kadang-kadang kitorang tempah sahaja. Rendang daging tu dah siap malam raya lagi , sebelah petang hari puasa akhir tu , kami gotong royong ,rewang-rewang potong daging , malamnya siap dijamu sambil tengok takbir raya. Lepas tengok takbir raya , tengok pulak drama syahdu pondok buruk

Jadi sebelum pagi raya tu , kitorang memang dah ratah ketupat dan rendang tu ha. Pagi raya , makan lagi. Sudah puas kedarah ketupat rebus biasa , kitorang goreng pulak ketupat tu. Rahsia resipi ketupat goreng , nanti akan cerita dalam entri lain. Tunggu ye

Selain ketupat dan rendang mak , menu wajib lain yang selalu ada tapai pulut. Menu berat sikit kebanyakan tahun ialah nasi minyak. Rumah mertua pun menu nasi minyak. Cuma sesekali , kalau nak rasa kelainan dari tahun sebelumnya, mak masak nasi bukhari ayam berempah. Pernah juga la aku tunjuk kepakaran aku masak nasi daging. Pujian dari kaum kerabat untuk nasi daging resipi aku? Haaa kau rasa? 



raya 2012 , ni nur fatihah , anak saudara sulung , tengah makan ketupat dan rendang daging yang tok dia masak
raya 2012 , ni nur fatihah , anak saudara sulung , tengah makan ketupat dan rendang daging yang tok dia masak


rendang daging mak , gambar masih dalam periuk
rendang daging mak , gambar masih dalam periuk 




#Cabaran20Hari #Day17
#ExchangeFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaari

6 comments:

  1. uishh..belom raya lagi ni...
    dah terliur ni...

    dah ler ada di pejabat lagi...tak balik kampung lagi T.T

    ReplyDelete
  2. hmmm....selamat hari raya cikgu nize....

    ReplyDelete
  3. hehehe.. kalau ai dah makan sebelum raya, time raya perut rasa sebu takleh terima dah makanan tu..

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa rendang

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.