01 July 2015

#Cabaran20Hari Menu Wajib Di Bulan Puasa

Menu Wajib Di Bulan Puasa

Menu wajib di bulan puasa macam biasalah kalau tak ada semua juadah ni , tak sempurna rasanya berbuka puasa dan bersahur bersama keluarga. Antaranya kurma (wajib ) , air kelapa muda , air tebu , murtabak. Tapi ada sesetengah juadah yang jarang mak buat dalam tempoh setahun , tetapi mesti buat dalam bulan puasa antaranya ialah bubur lambuk dan ketupat sotong. Tak adalah mak masak bubur lambuk setiap hari , tapi mesti masak juga sekali dalam bulan puasa. Kebetulan sambil nak taip entry semalam , ada orang hantar bubur lambuk kat atas meja aku ni


bubur lambuk
bubur lambuk

Bubur lambuk Terengganu rata-ratanya berbeza dengan beberapa tempat lain. Bubur lambuk ini kaya dengan rempah ratus dan ulam seperti daun kesum , daun kaduk , ditambah kerisik dan budu. Di tempat lain ,kadang-kadang bubur nasi yang berwarna putih itu pun dah dipanggil bubur lambuk. Di beberapa tempat lain, bubur yang selalu dimasak untuk orang sakit , bubur nasi untuk kanak-kanak atau macam bubur mcd itupun sudah dipanggil bubur lambuk. Terfikir juga saya dimana perbezaannya antara bubur biasa dan bubur lambuk



ketupat sotong
ketupat sotong , gambar tahun 2014 , Ramadhan 1435 H
Satu lagi dianggap menu wajib yang ada di bulan puasa ialah ketupat sotong. Kalau dulu hanya mak yang handal masak ketupat sotong ni. Sekarang kakak-kakak aku pun dan handal, Esok hari aku pulak yang handal masak ketupak sotong. Nanti aku jamu korang yang datang rumah. Sotong tu korang yang beli, biar aku masak je. Hehe. Ketupat sotong dari dulu sampai sekarang kitorang makan yang mak masak ala kelantan. Lemak-lemak manis. Dulu masa tinggal di kotaraya metropolitan KL itu , selalu pergi Restoran Anis Puteri di Pantai Dalam. Tauke restoran asal dari Kelantan. Ketupat sotong la yang dicari di restoran itu. Memang lazat


#Cabaran20Hari Day 4
#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari

abuya

13 comments:

  1. sedap nye ketupat sotong tu . org pnggil sotong sumbat. tapi kite pnggil tupak sutong. #efg010

    ReplyDelete
  2. Bubur lambuk fabourite gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. bubur lambuk biasa dpt free kat masjid atau mana2 kan

      Delete
  3. bubur lambuk terengganu sedap n istimewa tu...

    ReplyDelete
  4. sedapnye ketupat sotong. kat bazar ada jual.tpi takut nak try..takut tak sedap..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak menarikkan Yoorin

      Delete
    2. ohh tak pernah plak nampak ketupat sotong kat bazar hehe

      Delete
  5. Nizam ,

    Bonde teringin makan ketupat sotong tu... bagi resepi plz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt bonde buat tauuu lpstu bg kc hehehe

      Delete
    2. bo de zaidalifah, dah ada resipi dalam entri minggu lepas dalam ni... pergi belek...

      Delete
  6. rasanyaa..beza bubur lambuk dgn bubur biasa ialah..bubur lambuk tu dalamnya lebih banyak isi bahan2 lain berbanding bubur biasa,heheh

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.