08 July 2015

#Cabaran20Hari Bajet Raya

Masa kecil , zaman kanak-kanak yang indah itu mana tahu apa-apa fasal bajet raya. Semuanya mak ayah sediakan. Anak-anak tahu mintak dan seronok je kan. Mak ayah hutang sana sini , siapa yang tahu? Mak ayah sakit kepala fikir baju kakak tak beli lagi , baju adik tak ada yang baharu lagi. Kalau tak ada rm 500 - 1000 dalam tangan, ermm jawabnya memang tak balik penang la kami untuk beraya

Masa kecil, zaman kanak-kanak yang indah itu memang bajet dapat duit raya tak kurang dari seratus ringgit. Raya di rumah tok di Penang betul-betul menggambarkan suasana dalam lagu raya, pergi rumah ke rumah nak kumpul duit raya. Akhirnya memang dapat apa yang diidamkan. Duit raya yang dapat masa tu adalah sekitar seratus hingga dua ratus ringgit. Dapat duit pun tahu nak seronok juga , beli kereta kontrol. Hehehe

Zaman remaja, abang dan kakak dah dapat kerja tetap. Masa ni la nak ambik kesempatan. Bodek. Kadang-kadang mak sendiri memang dah pesan kat abang, kakak-kakak aku suruh beli baju raya untuk adik-adik. Apa lagi , aku demand la , nak baju sekurang-kurangnya brand puma, crocodile , orlando. Dapat juga la merasa. Ye la , kalau tak beli untuk adik-adik, untuk siapa lagi kan

Dah jadi ayah orang sekarang , mula kena hitung bajet raya sendiri. Saguhati untuk mak, keluarga sendiri dan anak-anak buah yang seramai 40 orang lebih (kedua-dua belah pihak)

Dengan atmosfera ekonomi yang mencengkam sekarang , rasanya banyak hal yang perlu dijimat-jimatkan. Dulu masa anak seorang , boleh lagi nak beli banyak baju gaun untuk dia melaram. Ye la kita suka tengok anak kita macam princess, hias situ hias sini.
Sekarang anak dua , kena pandai-pandai bajet dan utamakan keperluan mana yang lebih penting dahulu. Beli yang mahal pun , boleh pakai sekejap je , budak cepat membesar

Duit raya untuk budak-budak? Haa kalau ada lebih selepas beli semua keperluan penting tu, boleh la nak bagi. Kalau tak ada lebihan , salam tangan kosong je la. Tak pun , bagi sampul duit , dalamnya ada kertas tertulis "cuba lagi tahun hadapan"... ok la idea tu kan


#Cabaran20Hari #Day12
#ExchangeFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaaric

4 comments:

  1. Bila dah kawen mesti dahulukan orang orang tersayang. heeee :D

    ReplyDelete
  2. abe nize cuba nak buat #lawakhambar kan last sekali tu? hehehe

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.