13 July 2015

#Cabaran20Hari Aktiviti Di Pagi Raya

Aktiviti raya dengan keluarga selalu bermula awal dua atau tiga hari sebelum hari raya menjelang. Cari daun ketupat, daging untuk buat rendang , tempah tapai , hias rumah sedikit sebanyak , menyapu , mop lantai dan tingkap , basuh dan tukar langsir yang sedia ada (langsir yang ada tersimpan dalam almari , bukan beli baru) . Berbuka puasa hari terakhir Ramadhan dengan keluarga pula , masa tu biasanya perasaan bercampur baur tak dapat nak gambarkan. Sayu, seronok , sebak semua ada. Sedar tak sedar , dah habis berpuasa sebulan, kan. Selepas berbuka hari akhir Ramadhan tu , mula la aktiviti main mercun dan bunga api. Hehe.. pastikan yang tidak merbahaya ye

Malamnya macam biasa tolong mak dan ayah pergi selesaikan penghantaran perabut ke rumah pelanggan. Sambil tu mak masak rendang . Perghhh rendang daging mak sangat syorga. Ketupat siap direbus. Tempahan tapai pulut pun kena pergi ambil. Kuih-kuih raya dah siap susun dalam balang atau set bekas kuih. Kaum perempuan pulak siapkan aktiviti menggosok (seterika ) baju raya. Ada yang beranak lima , jenuh la diorang kan nak habiskan tujuh pasang termasuk baju pasangan

Usai saja rendang masak , ermm malam tu jugak la kami merasa rendang mak. Makan dengan ketupat sambil tengok takbir raya

Pagi raya macam biasa bangun dan mandi (niat sunat mandi raya). Siapkan anak-anak , hias sanggul , hias tudung comel , sepit rambut , pakaikan stokin cantik-cantik. Bermaafan dengan pasangan , ermm salam-salam dalam bilik je. Malu nak berdrama depan orang ramai

Selesai solat sunat raya di masjid , semua kaum keluarga berkumpul dan beratur nak salam mak ayah termasuklah cucu cicit. Sama juga aktiviti jika kami telah berada di seberang perai. Selalunya air mata memang banyak tumpah saat ni. Sebak tak tau nak habaq

Sudah aktiviti salam-salaman dan maaf-maafan , apa lagi , serang dapur la walaupun dah serang sebelum solat sunat raya tadi. Kali ni betul-betul serang dan redah. Ibarat balas dendam berpuasa pun ye jugak. Lepas makan , mulalah aktiviti berbalas ziarah jiran tetangga dan kenalan-kenalan semukim. Kalau tak sempat pulang ke penang sehari sebelum raya ,kadang-kadang , kami bertolak terus ke penang sesudah makan juadah raya. jadi raya pertama kami di atas jalan raya. Syok juga. Sambung raya di penang


#Cabaran20Hari #Day16
#ExchangeFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaari


5 comments:

  1. sedapnyaaa rendang dengan ketupat :)

    ReplyDelete
  2. lebih kurang sama tapi masih perlu pulang ke kampung nenek dan atok bagi meraikan hari raya.. tak pernah tak balik~

    ReplyDelete
  3. Makan rendang dan ketupat time raya feeling dia lain kalau nak dibandingkan makan bukan bulan raya.. ;)

    ReplyDelete
  4. follower #321

    saya suka serunding makan dengan nasi himpit, torbhaikk, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pun sedapp... tambah kuah kacang..

      Delete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.