Kesian marhaenis di wilayah antah berantah , dulu kini dan selamanya kena tipu . Hidup-hidup kena tipu. Dulu sebelum berlangsungnya pemilihan bakal-bakal wakil penakluk wilayah , dijanjinya manis-manis , bertanam tebu di pinggir bibir , lebih manis gusi daripada gula , berlapik lidah di balik kain ( betul ke bidalan aku ni?)
Dulu dijanjinya kos ufti pengangkutan awam kegunaan seharian rakyat jelata tidak akan naik. Harga minyak kenderaan tak akan naik. Semuanya mahu berbakti untuk rakyat jelata. Rakyat jelata diutamakan. Entah tak sampai beberapa purnama semua itu dusta. Rakyat dibakulsampahkan. Di lenyek-lenyek bagai orang bodoh. Yang penting , aku dah dapat takluk wilayah , katanya sang rejim
Hei sang rejim , langit tidak selalu cerah , awan tidak selalu terang , matahari garang bersinar pun kadang-kadang diselangi hujan dan pelangi. Lupakah kamu akan kesombongan raja namrud? Tak ingatkah engkau akan keangkuhan iblis laknatullah yang enggan sujudkan Adam? Tak bacakah kamu sejarah silam , namrud yang bongkak mengaku Tuhan itu akhirnya mati hanya dikalahkan dengan seekor nyamuk halus dan kecil? Nyanyukkah kamu akan semua ini?
Ingatlah hei sang rejim , kamu menakluk wilayah kerana kuasa marhaenis. Jangan pernah lupa , kamu bisa turun takhta , juga dengan kuasa marhaenis!!!!

Bukan marhaenis yang perlu memulakan langkah berjimat cermat, kena naik basikal , tak payah balik kampung masa raya , masak nasi goreng di rumah (tepi kuali ada kucing , ada ridsect, kemudian selfie )
Sedang kamu? Upah kerja sebagai penakluk wilayah pun digandanya dua kali , cukup masa dibelinya roket besi peribadi . Kos selanggara roket besi kamu sahaja sudah mampu menanggung puluh ribuan gelandangan di wilayah kamu itu. Marhaenis dapat apa? Rakyat jelata disuruhnya berjimat untuk selamatkan ekonomi. Rakyat jelata dikatanya kaya raya hanya kerana nak makan ayam goreng kentucky
Yang teramat patut untuk memulakan langkah penjimatan dan perbelanjaan demi menyelamatkan ekonomi wilayah maju 2040 ini ialah kamu dan konco-koncomu , bangsawan termasuklah istanawan
Kenapa rakyat marhaen yang kena dulu? Bukan rakyat marhaen pula kena berkorban untuk tanggung kamu
Aku harap , makbul lah hendaknya , betul lah altimet dan awi rafael (dengan aku sekali la ) akan jadi kaya raya . Boleh jugak diorang baiki jalan raya berlubang sana sini kat kampung sebelah. Boleh jugak aku pesan kat pemandu dia , schumacer tu untuk beli nasi lemak bagi emak aku buat sahur nanti. Untung-untung bil-bil elektrik jiran-jiran tetangga semuanya ditanggung. Gula dan beras pun di belanjanya barang sebulan dua
satira lewat malam

done follow sponsor kt sini. hehee. jmput singgah baca entry
ReplyDeletehttp://bajuwarnacoklat.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
ok tq
Deleterejim yang sangat zalim dan kejam.. kita terpaksa hadapnya... adeh.. kesian betul dengan nasib rakyat malaysia
ReplyDeleteni bukan malaysia... ni antah berantah.. hahah
Deletejalan masih berlubang..balik kampung pun tak dibagi
ReplyDeleterealiti
Deletetok tok nak tanya. marhaenis tu ape? hehehe
ReplyDeleteSemoga kita semua kaya raya dan dapat berbakti pada yang memerlukan
ReplyDelete