12 June 2015

SAKITNYA TU DI SINI KERANA SETIA

Ya , dalam rumahtangga tidak boleh tidak kena setia dan jujur. Kalau tidak setia, mana mahu datangnya bahagia. Tapi entry ni berkaitan setia lain. Setia yang menyakitkan , mungkin

PEKERJA MAS DIBERHENTIKAN KERJA

Sepanjang minggu lepas viral isu ribuan pekerja Malaysia Airlines diberhentikan kerja atau bahasa lembutnya tidak disambung kontrak atau bahasa sedikit kasar dibuang kerja . Antara yang viral dalam facebook ialah status seorang bekas pekerjanya yang cukup terkesan dengan apa yang berlaku :-

status facebook bekas pekerja MAS
status facebook viral



Jika si ayah hanya menyebut fasal dirinya sahaja , mungkin aku tak hairan sangat kerana pada pengamatanku , orang dewasa boleh survive. Tapi bila si ayah sebut mengenai anak , ermmm memang touching menggugat kemachoan diriku ini. Terbayang-bayang baheja dan naurah dalam pelukan erat aku






usah terlalu setia
berpada-pada bila setia



Bukan tak boleh setia , jujur dan amanah dalam kerja tu bagus. Itu sifat terpuji dan wajar bertanggungjawab menunaikan kerja dengan ikhlas. Tapi jangan sampai rasa kesetiaan bertukar menjadi kehambaan. Anda boleh cakap " saya kerja dengan ikhlas" . Tapi kalau syarikat/boss tak bagi gaji sebulan , tertunggak berbulan-bulan , ikhlas lagi ke nak kerja? Tepuk dada , gosok perut

Tak mengapalah kawan , bumi Tuhan ni luas , rezeki Allah sentiasa bertebaran di sekelian alam. Peluang berbaloi untuk meniaga shaklee pun masih terbentang luas . Jangan risau sangatlah sebab tidak susah mana pun buat shaklee . Yang penting ada kemahuan , buang sifat malu , kebalkan telinga dan tebalkan muka. Sindiran-sindiran sinis tu biasalah. Layankan sahaja , jangan sampai jadi kudis. Jangan fikir sangat " aku malu lah , nanti apa dia kata" . fikirkan nanti anak cucu tanya " ayah/mak  dah buat apa untuk kami? "  , "ayah/mak dah korban apa untuk kami? "


Love & Faith ,
Abuya



7 comments:

  1. Kesian..apa sudah jadi dengan pemerintahan najib ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh laa sape suruh undi..? hahah

      Delete
  2. Aduhai. memang simpati dengan nasib pekerja MAS yang diberhentikan beramai-ramai ni. Berat ujian. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka

    ReplyDelete
  3. insyaAllah..rezeki lebih baik

    ReplyDelete
  4. rezeki ada dimana-mana
    insyaallah

    ReplyDelete
  5. siannya la wat lagu ni... apalah nak jadi zaman sekarang. macam2 betul. x pasal2 jadi gitu. harap2 lepas ni diorang dapat rezeki lebih bagus

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.