Ya , dalam rumahtangga tidak boleh tidak kena setia dan jujur. Kalau tidak setia, mana mahu datangnya bahagia. Tapi entry ni berkaitan setia lain. Setia yang menyakitkan , mungkin
PEKERJA MAS DIBERHENTIKAN KERJA
Sepanjang minggu lepas viral isu ribuan pekerja Malaysia Airlines diberhentikan kerja atau bahasa lembutnya tidak disambung kontrak atau bahasa sedikit kasar dibuang kerja . Antara yang viral dalam facebook ialah status seorang bekas pekerjanya yang cukup terkesan dengan apa yang berlaku :-
![]() |
status facebook viral
Jika si ayah hanya menyebut fasal dirinya sahaja , mungkin aku tak hairan sangat kerana pada pengamatanku , orang dewasa boleh survive. Tapi bila si ayah sebut mengenai anak , ermmm memang touching menggugat kemachoan diriku ini. Terbayang-bayang baheja dan naurah dalam pelukan erat aku
berpada-pada bila setia
Bukan tak boleh setia , jujur dan amanah dalam kerja tu bagus. Itu sifat terpuji dan wajar bertanggungjawab menunaikan kerja dengan ikhlas. Tapi jangan sampai rasa kesetiaan bertukar menjadi kehambaan. Anda boleh cakap " saya kerja dengan ikhlas" . Tapi kalau syarikat/boss tak bagi gaji sebulan , tertunggak berbulan-bulan , ikhlas lagi ke nak kerja? Tepuk dada , gosok perut
Tak mengapalah kawan , bumi Tuhan ni luas , rezeki Allah sentiasa bertebaran di sekelian alam. Peluang berbaloi untuk meniaga shaklee pun masih terbentang luas . Jangan risau sangatlah sebab tidak susah mana pun buat shaklee . Yang penting ada kemahuan , buang sifat malu , kebalkan telinga dan tebalkan muka. Sindiran-sindiran sinis tu biasalah. Layankan sahaja , jangan sampai jadi kudis. Jangan fikir sangat " aku malu lah , nanti apa dia kata" . fikirkan nanti anak cucu tanya " ayah/mak dah buat apa untuk kami? " , "ayah/mak dah korban apa untuk kami? "
Love & Faith ,
Abuya
|
Kesian..apa sudah jadi dengan pemerintahan najib ni..
ReplyDeletetuh laa sape suruh undi..? hahah
DeleteAduhai. memang simpati dengan nasib pekerja MAS yang diberhentikan beramai-ramai ni. Berat ujian. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka
ReplyDeleteinsyaAllah..rezeki lebih baik
ReplyDeleterezeki ada dimana-mana
ReplyDeleteinsyaallah
siannya la wat lagu ni... apalah nak jadi zaman sekarang. macam2 betul. x pasal2 jadi gitu. harap2 lepas ni diorang dapat rezeki lebih bagus
ReplyDeletehurmm...najib..
ReplyDelete