14 June 2015

PIE BISKUT DAGING

RESIPI ESP RARE

Nak ikut yang mak buat sebenarnya , dulu masa kecik-kecik mak pernah pergi kelas masakan dan selalu buatkan pie biskut daging ni untuk kami terutamanya bila tiba bulan puasa. Semalam cubaan pertama nak buat pie biskut campur tolak bahagi ingat-ingat lupa cara mak buat. Yang pasti memang tak boleh lawan air tangan kasih sayang mak la... kan. Berkat tiada tandingan seluruh dunia dan seisinya

RESIPI BERBUKA PUASA MUDAH : PIE BISKUT DAGING

daging cincang
masak daging cincang
1- Daging untuk inti. Daging segar sebaiknya. Saya beli bebola daging brand AZMY , cincang (jangan sampai lumat) , dan goreng separuh masak (tanpa minyak) atas pemanggang ajaib. Campur sedikit ayam dan sayur campur segera



susu campur ESP
sediakan semangkuk susu dicampur ESP

biskut dan susu campuran ESP
biskut dan susu campuran ESP

rendam biskut ke dalam susu
biskut rendam dalam susu campuran ESP

2 - Guna biskut untuk kulit luaran , ye la nama pun pie biskut kan. Rendam biskut ke dalam susu suam. Untuk meng-shaklee kan lagi resipi ini , campur susu dengan  ESP  kegemaran rakyat Malaysia ini


susunkan biskut
susun biskut yang telah direndam


3 - Angkat biskut yang direndam tadi dengan berhati-hati supaya tekstur tidak terlalu pecah berderai. Pastikan menjaga kebersihan tangan dan persekitaran. Kemudian susun biskut di atas loyang. Pastikan loyang disapukan marjerin terlebih dahulu


tapak pie
tapak pie telah siap



 inti pie

4 - Setelah tapak pie sudah disempurnakan  , sekarang boleh isi inti daging yang digoreng separuh masak tadi . Letak sedikit cheese untuk nikmat lebih juicy and tasty

pie sedia untuk dibakar
pie sedia untuk dibakar

5 - Ulang langkah 3 untuk kulit pie bahagian atas. Cover semua inti. Sekarang siap sedia untuk dibakar. Pastikan ada oven di rumah




pie biskut daging sedia untuk dimakan
pie biskut daging sedia dimakan



PIE BISKUT DAGING ESP SIAP SEDIA UNTUK DIMAKAN , 

SELAMAT MENJAMU SELERA


6 comments:

  1. sorry kualiti gambar yg kurang mengujakan..

    ReplyDelete
  2. wah begitu caranya buat pie biskut daging ya..boleh cuba ni tq resepinya..gambar xpenting sgt tu yg penting rasanya kan..

    ReplyDelete
  3. alamak....biskut kesukaan boleh buat pie ye?nk try jugakkkkk..bakar berapa lama?suhu?

    ReplyDelete
  4. wow nampak sgt sedap.. nak cuba! hopefully hby & anak2 suka makan ni.

    blogwalking here =)
    http://emmeinayah.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

    singgah blog kita jgk jom

    ReplyDelete
  5. pergh sedapnya! macam nak cuba je :DDD

    nampak macam senang hehehe

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.