RESIPI ESP RARE
Nak ikut yang mak buat sebenarnya , dulu masa kecik-kecik mak pernah pergi kelas masakan dan selalu buatkan pie biskut daging ni untuk kami terutamanya bila tiba bulan puasa. Semalam cubaan pertama nak buat pie biskut campur tolak bahagi ingat-ingat lupa cara mak buat. Yang pasti memang tak boleh lawan air tangan kasih sayang mak la... kan. Berkat tiada tandingan seluruh dunia dan seisinya
RESIPI BERBUKA PUASA MUDAH : PIE BISKUT DAGING
 |
masak daging cincang |
1- Daging untuk inti. Daging segar sebaiknya. Saya beli bebola daging brand AZMY , cincang (jangan sampai lumat) , dan goreng separuh masak (tanpa minyak) atas pemanggang ajaib. Campur sedikit ayam dan sayur campur segera
 |
sediakan semangkuk susu dicampur ESP
|
 |
biskut dan susu campuran ESP
|
 |
biskut rendam dalam susu campuran ESP |
2 - Guna biskut untuk kulit luaran , ye la nama pun pie biskut kan. Rendam biskut ke dalam susu suam. Untuk meng-shaklee kan lagi resipi ini , campur susu dengan ESP kegemaran rakyat Malaysia ini
 |
susun biskut yang telah direndam
|
3 - Angkat biskut yang direndam tadi dengan berhati-hati supaya tekstur tidak terlalu pecah berderai. Pastikan menjaga kebersihan tangan dan persekitaran. Kemudian susun biskut di atas loyang. Pastikan loyang disapukan marjerin terlebih dahulu
 |
tapak pie telah siap
inti pie
|
4 - Setelah tapak pie sudah disempurnakan , sekarang boleh isi inti daging yang digoreng separuh masak tadi . Letak sedikit cheese untuk nikmat lebih juicy and tasty
 |
pie sedia untuk dibakar
|
5 - Ulang langkah 3 untuk kulit pie bahagian atas. Cover semua inti. Sekarang siap sedia untuk dibakar. Pastikan ada oven di rumah
 |
pie biskut daging sedia dimakan
|
PIE BISKUT DAGING ESP SIAP SEDIA UNTUK DIMAKAN ,
SELAMAT MENJAMU SELERA
sorry kualiti gambar yg kurang mengujakan..
ReplyDeletewah begitu caranya buat pie biskut daging ya..boleh cuba ni tq resepinya..gambar xpenting sgt tu yg penting rasanya kan..
ReplyDeletealamak....biskut kesukaan boleh buat pie ye?nk try jugakkkkk..bakar berapa lama?suhu?
ReplyDeletewow nampak sgt sedap.. nak cuba! hopefully hby & anak2 suka makan ni.
ReplyDeleteblogwalking here =)
http://emmeinayah.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
singgah blog kita jgk jom
macam sedap je
ReplyDeletepergh sedapnya! macam nak cuba je :DDD
ReplyDeletenampak macam senang hehehe