26 June 2015

MY FATHER ALWAYS A HERO

Balik kampung , berbuka dengan mak dan sekalian adik beradik memang heaven kan. Meriah macam raya dah. Mak pasti bahagia seribu bukan kepalang terpancar di kedut matanya , wajah kasih sayangnya. Mak masakkan kami lala masak lemak. Sedap yang amat. Paling rare ada sambal kuinin air tangan kasih sayang mak. Perghhhh sungguh heaven

sambal kuinin mak
sambal kuinin mak

POTRET

Biasalah kalau balik rumah mak , tak sah kalau selalu saja aku menyelongkar album gambar kenangan lama. Terutama sekali belek-belek gambar arwah ayah , my forever first hero

album lama yang rare
album lama yang rare

JAUH , TERBAWA LUKISAN HATIMU , HILANG MENCARI DIMANA KAU PERGI



ayah
ayah
Ayah memang true first hero kami. Ayah bekas askar. Tapi ayah tak didik kami dengan ketenteraan ala gerila atau komando di rumah. Ayah kadang-kadang dilihat tak banyak cakap pun. Dalam hati ada taman bunga. Cool sahaja selalunya. Ayah , aku rindu!

ayah
ayah

Selepas ayah pencen askar , ayah kerja dengan pejabat pertanian , jadi pemandu. Gaji tak banyak mana. Tapi kami saksi ayah banyak berkorban untuk kami. Melindung kami. Ayah orang pertama ajar aku main badminton. Ketika kecil , malam nya tiada elektrik di rumah (black out) , selalu kami berkumpul dan ayah mulakan cerita lawaknya 

Pernah sekali ketika ayah pergi berkebun , entah macam mana kaki ayah terkena parang hingga tembus isi betis. Pernah juga ketika bulan puasa , ayah hanya berbuka dengan dua tiga biji buah duku kerana komitmen bisnes, ayah kena tunggu tauke hantar barang di kedai sampai lewat maghrib. Malam-malam raya selalu saja rutin aku ikut ayah hantar barang perabot ke rumah customer sampai pukul 3 pagi malam raya. Ayah , aku rindu. Sangat rindu

Walau ayah tak sempat melihat aku kahwin dan berkeluarga. Tapi aku tahu ayah bahagia jika melihat makin ramai cucu ayah sekarang. Aku bawa semangat ayah dalam memandu bahtera keluarga. " A father can be a mother too"

Paling tak boleh lupa tersemat kukuh dalam ingatan dan perasaan , 2008 ayah pergi, menghembus nafas akhir dalam pangkuan aku. Pelukan aku

Allah , ampun dosa ayah segala. Permudahkan urusan alam barzakh ayah sana. Tempatkan dia dalam golongan beriman, beramal soleh. Redhailah dia walau sekecil-kecil amalannya. Aku saksi ayah dah jadi ayah terbaik untuk kami

Love and faith
abuya

6 comments:

  1. sedih baca. takut pula dengar sampai tertembus isi betis tu... ayah banyak mengajar kita kehidupan. kita pun nanti ada rezeki untuk berkahwin, arwah abah tak ada di sisi untuk menyaksikan. xpela, kita doakan semoga arwah ayah abe nize ditempatkan bersama hamba hamba beriman. aamiin

    ReplyDelete
  2. Sedap sambal kuinin tu..

    ReplyDelete
  3. Asalam. Al fatihah buat almarhum ayahanda anda. Kita ada 2 persamaan, sama sama anak bekas perajurit dan sama sama sudah kehilangan ayahanda tercinta. Namun dirinya tetap disanjungi sampai bila bila.Al Fatihah buat ayahanda ayahanda kita semua yang telah kembali ke pangkuan penciptaNya. Salam kenalan :)

    ReplyDelete
  4. My father is also my hero! Always, and forever will be :) Salam Ramadan :)

    ReplyDelete
  5. Touching, semoga Arwah pakcik di tempatkan dikalangan orang yang beriman, In Syaa Allah.
    member #223

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.