19 June 2015

DUA KEMATIAN DALAM TEMPOH 4 JAM

Macam-macam kejadian dan dugaan dalam masa 4 hari dan menjelang Ramadhan

Petang isnin lalu , sebaik saja pulang dari kerja , kami dapat berita kematian nenek yang tinggal di Seberang Perai. Terus packing dan bersiap-siap menunggu adik kami pulang dari dungun untuk sama-sama menuju ke utara. Dalam kelam kabut senja itu dapat pula berita kematian mak saudara yang menjaga nenek selama ni. Ya Allah hebat dugaanMu. Kami bertolak ke utara selepas maghrib. Bayangkan jam 12 malam baru berada di Jeli. Membelah malam, menempuh kabus mengharung liku-liku dan bukit-bukau Gerik nun di puncak banjaran Titiwanga jam satu dua pagi. Alhamdulillah , sampai juga di utara jam 4 pagi. Hanya sempat merebahkan badan sekejap tanpa mata terlelap sedikit pun sambil fikiran bermain-main dengan kenangan bersama tok dan mak ngah terutama setiap kali pulang beraya di seberang perai

Kami hanya sempat dengan urusan jenazah mak ngah kerana arwah nenek telah dikebumikan terlebih awal. Mak ngah pernah cakap , nak sehidup semati dengan nenek. Kalau nenek mati , mak ngah nak ikut sekali. Subhanallah , Allah makbulkan hajat dia kan , pergi bersama. Pulang ke negeri abadi. Rehat dengan tenang tok , rehat dengan aman mak ngah. Moga rohmu damai di sana , moga terampun segala dosa , dipermudahkan urusan alam barzakh , ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan diredhai Allah

Sungguh , cukuplah kematian menjadi sebaik baik pengajaran dan peringatan

Petang hari Selasa tanpa cukup rehat dan masih mengantuk kami pulang ke Terengganu. Back to back driving

Salam Ramadhan
Ramadhan Kareem , Allahu Akram
Ahlan Kheir Ya Syahral Kheir

9 comments:

  1. Allahuakbar...semoga mereka tenang di alam sana..takziah

    ReplyDelete
  2. Doanya makbul.. Subhaanallah..

    ReplyDelete
  3. Salam takziah..semoga arwah berada di dalam kalangan orang2 yang beriman

    ReplyDelete
  4. Salam takziah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka

    ReplyDelete
  5. AL-Fatihah

    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

    Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

    Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan
    kepada Allah jua lah kami kembali.


    ReplyDelete
  6. SALAM TAKZIAH..MOGA ALLAHYARHAM TOK N MAKNGAH NIZAM DICUCURI RAHMAT DI SISINYA...BERSABAR DUGAAN RAMADAN YA..

    ReplyDelete
  7. Salam takziah..

    Nak kad raya? Jom join ni "Saya Nak Kad Raya Dari EJULZ!!!" Tq..

    Nak Gopro 4? Jom join ni "GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100"

    ReplyDelete
  8. allahu. bawa bersabar ye abe nize. benda dah terjadi. ALLAH dah takdirkan sebegitu. kita hanya mampu bersabar dan berdoa je.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.