28 June 2015

#Cabaran20Hari Pengalaman Sahur

Apa cerita sahur ya? Ermm teringat satu tahun tu , banyak sangat agaknya mentekedarah juadah semasa berbuka , sampai senak perut , kenyang yang amat , nak tidur pun susah. Mengiring ke kiri gelisah , mengiring ke kanan pun gundah. Akhirnya dapat satu idea , untuk melawaskan kesenakan perut , aku pergi cari buah , selongkar peti sejuk , terjumpa buah limau. Pekena dua bijik buah limau sebelum tidur. Agak membantu

Alkisah selepas itu berazam mahu diet (lah sangat), taknak makan banyak semasa berbuka , konon tak nak sentuh nasi , masa sahur pun sama. Makan kuih-kuih je. Tapi gemuk... tetap. Akhirnya berazam lagi tak nak langsung sahur. by hook or by crook tak nak bangun bersahur

Sampai satu ketika , waktu hening dinihari , mak kejutkan kami adik beradik untuk makan sahur. Semua bangun. aku je yang malas nak bangun . Ye lah dah berazam kan tak nak sahur. Tapi lain pulak yang jadi. Entah kenapa tiba-tiba mak menangis. Selalunya tak begitu. Katanya mak, sampai hati tak nak bangun. Mak masak penat-penat. Aku buat-buat tak dengar je rintihan mak. Berdosanya la rasa. Kalaulah mak boleh faham isi hatiku , yang aku tak nak sahur sebab nak diet , alangkah baiknya

Itu cerita lama , zaman jiwa remaja yang memberontak. Zaman semua kehendak harus diikuti. Tapi kita tak tahu , mak dah buat segala-galanya yang terbaik untuk anak-anak kan. Sekarang dah dewasa (tapi tetap awet muda), jadi ayah orang , suami orang , matang dah. Teringat kejadian sahur  tu , rasa bersalah terngiang-ngiang membuatkan kita tak sampai hati lagi nak melukakan hati mak , sang ratu hati aku , syurga aku



11 comments:

  1. Hehehe.. saya la ni.. saya dah siapkan menu sahur dan kejutkan semua utk bersahur tapi saya tak makan.. sebab nak sangat diet.. cuma minum air sebagai alas perut.. ;)

    ReplyDelete
  2. Pernah jugak buay mak nangis dulu sebab x nak bangun sahur..huhu..lg syg nak tinggalkan bantal.tp tetap bangun jugak laa sebb dah rasa bersalah kan

    ReplyDelete
  3. mak nizam rajin kejutkan anak2 dia...kalau KG dulu bapa la yg rajin serta gigih bangunkan KG dengan adik bradik lain...

    ReplyDelete
  4. Hehe... Mmg indah kenangan masa blm kahwin tu...

    ReplyDelete
  5. mak memang rajin kejutkan anak2 bangun sahur...anak2 pula yg liat nk bangun...susah jadi mak ni.

    ReplyDelete
  6. hehe.. mak memang takut anak-anak dia tak tahan perut. Mak mana tak sayangkan anak. Apa2 pun itu kenangan yang paling di ingati.

    ReplyDelete
  7. aloooo... mak tacing lak . tak jadi la nak diet ni. hahaha

    ReplyDelete
  8. Actually better lah bersahur walau diet macam mana sekalipun.
    Boleh juga rujuk sini untuk tips bersahur sihat
    Tp memang, kesian kat ibu yang dah masak penat-penat. Sebagai ibu, saya pun merasainya. Cuma skrg suka bincang dgn family (suami & anak-anak) apa yang diorang suka nak makan so that xlah membazir masak byk2.

    ReplyDelete
  9. Actually better lah bersahur walau diet macam mana sekalipun.
    Boleh juga rujuk sini untuk tips bersahur sihat
    Tp memang, kesian kat ibu yang dah masak penat-penat. Sebagai ibu, saya pun merasainya. Cuma skrg suka bincang dgn family (suami & anak-anak) apa yang diorang suka nak makan so that xlah membazir masak byk2.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.