27 June 2015

#Cabaran20Hari Apa Erti Puasamu

Kalau hidup sebarang hidup , kera di hutan pun hidup. Manusia ini hamba , hamba Allah. Kerja hamba untuk tuan. Ikut arahan dan perintah tuan. Ada aturan hidup. Nak tak nak wajib buat. Antara yang diperintahkan ialah berpuasa. Hidup hamba untuk beribadah. Setiap sesuatu yang dilakukan diniatkan ibadah. Puasa ialah salah satu tuntutan untuk menyempurnakan darjat ketaqwaan

MENGAPA MANUSIA DICIPTAKAN


Az-Zaariyat , ayat 56
Az-Zaariyat , ayat 56
Maksudnya: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia,melainkan agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zaariyat: 56)

Ramadhan kareem , Allahu Akram. Ramadhan datang lagi. Puasa di bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Rukun-rukun ni menda yang wajib buat. Kalau tak buat , tak jadi orang Islam. Ramadhan bulan yang padanya diwajibkan berpuasa bagi ummat Islam. Tuntutan teristimewa hanya kepada ummat Nabi Muhammad Sollallaahu 'Alaihi Wasallam. Bulan padanya dibukakan semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh. Bulan yang diturunkan AlQuran. Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr , malam terlebih baik dari seribu bulan

Ramadhan ini satu madrasah. Universiti untuk tarbiah diri , melentur nafsu agar tidak sentiasa diturutkan , menunduk ego kesombongan. Bukankah sedikit sombong sahaja membawa kepada neraka Allah? Tidakkah manusia itu mengambil pengajaran teladan dari kematian raja namrud yang sombong angkuh akhirnya mati hanya dengan serangan nyamuk yang kecil? 

KEWAJIPAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertaqwa” (Al -Baqarah:183)


PUASA REHATKAN PERUT , JANJI KEGEMBIRAAN

Sepanjang 11 bulan perut bekerja , makan, makan dan makan , akhirnya tiba satu bulan perut dan sistem seisinya perlu mengambil rehat. Rehat di siang hari sahaja. Cantik benar aturan dan janji Allah
kepada orang yang berpuasa apabila menjanjikan dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Allah

PUASA UNTUK BERSEDERHANA

Puasa ajar kita erti syukur dan menambah lebih kesyukuran. Menahan lapar dan dahaga di siangnya bukanlah syarat untuk kita terlalu berbazar-bazaran di petangnya. Belilah yang seada dan sekadarnya. Jika semua jenis juadah yang dijual itu kita terasa nak makan , bergilir-gilirlah hari untuk membelinya. Bukan sekali harung nak hadap , kan. Bulan puasa mengajar kita tentang peduli. Peduli lebih tentang orang lain. Peduli ibu bapa di rumah , ahli keluarga. Peduli dan prihatin lebih akan keperluan dan hajat fakir miskin , anak yatim atau kelandangan , mungkin?

KENANGAN PUASA DI MESIR

Menjelang setiap kali Ramadhan , selain kenangan indah waktu kecil , saya memang selalu terkenang suasana puasa Ramadhan di Mesir. Tempoh puasa lebih lama berbanding disini. Hampir 15 jam. Musim panas pulak tu. Sungguh menguji keimanan

Di asrama kami , waktu berbukanya tak perlu gundah gulana untuk memasak atau membeli juadah. Tiada bazaar Ramadhan arab. Ramai dermawan dan hartawan di sana berlumba-lumba menaja juadah berbuka termasuk lah ke asrama kami. Kami hanya perlu turun ke surau dan mengambil makanan berbuka. Jimat , bukan?

Kelas dan kuliah pula di musim Ramadhan ini majoritinya ditangguhkan. Suasana Ramadhannya hidup. Lampu-lampu indah berkelip di sana sini. Malam-malam hari pula , kami mengambil kesempatan untuk bertarawih di berlainan masjid. Di serata Cairo itu kami terjah masjid-masjid yang berbeza. Ada yang perlu berjalan kaki sahaja. Ada yang perlu menaiki bas. Nak cari masjid yang cepat habis tarawihnya memang jarang jumpa la sebab majoritinya Imam baca panjang-panjang untuk habiskan 30 juzuk AlQuran

Selamat berpuasa , semoga amalan kita semua diterima Allah
abuya

#Cabaran20Hari #Day1
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari

6 comments:

  1. Seronoknyaaaaaa.dorg mmg ramai dermawan ye, semua berebut nak bg juadah berbuka. Mst rindu kenangan tu ye.

    ReplyDelete
  2. pengalaman berpuasa di rantau org yg sgt mrnarik..insyaAllah moga amal ibadah kita di terima Allah di bulan yg penuh berkah ini...

    ReplyDelete
  3. Wah.. Seronok ada pengalaman puasa di negeri org..

    ReplyDelete
  4. wah berpuasa di mesir memang menguji kan nizam...apapun semua tu kenangan kita bersama puasa...

    ReplyDelete
  5. seronok nye puasa kat mesir. mesti rndukan suasana kat sana . kat sini mcm tak sama langsung kan.

    ReplyDelete
  6. Selamat me jalani inadah puasa nizam

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.