19 May 2015

REVIEW AKU PENGHIBUR : BUKAN BLOG JAMAL ABDILLAH

JAMAL ABDILLAH JADI BLOGGER?


Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?

Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?

Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di Blog. Achik juga seorang yang 'low profile'

Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.

Sebenarnya ,sebelum menyertai team exchange feed , saya sudah pun mengikuti , add circle dan bloglistkan blog aku penghibur ni serta meninggalkan komen di sana. Dalam masa yang sama pemiliknya juga telah meng add circle kan saya serta meninggalkan satu komen d blog saya. Dalam hati kecil ku terdetik juga, eh eleh blogger otai ni tak follow pun kita , mentang-mentanglah otai. Hehe acik jangan marah. Itu dulu la.

Cuma bila dapat tahu kami telah terhimpun dalam satu team , acik tidak sombong , baik hati dan peramah, baru lah mula sembang-sembang dengan kerap dan mendapat sangat banyak tips berguna dari blogger berpengalaman ini. Terima kasih acik. Acik suka menulis penghargaan yang tinggi buat mak. Acik dah banyak tulis , saya baru 2 - 3 entri pasal mak. In sya Allah banyak lagi selepas ini. Ye la , sebut mak mak ni mudah tersentuh kan

Secara peribadi , Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!

Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat

Blog sudah popular dengan mempunyai pengikut dan peminat seramai 4213 orang ( setakat entri ini ditulis ) dan menghampiri 3 juta yang telah melawat blog aku penghibur. Rasanya ini nilai angka yang tertinggi dalam kalangan team exchange feed. Memang wajarlah acik di contohi , di beri penghormatan dan memang acik pun telah memenangi award best lifestyle blogger

Jom baca satu entri acik , sempena hari ibu Kaulah Syurgaku

gambar acik
sahabat saya , blogger acik dengan gaya tersendiri



20 comments:

  1. acik seorg yg berwawasan

    ReplyDelete
  2. Fuhh tajuk nize bikin gempakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tajuk betul gempak ingat betul jamal abdillah

      Delete
  3. perghhhhh ngumpat acik mula2 tu hahaha

    ReplyDelete
  4. Good Luck Acik...

    family #EFG sentiasa mendoakan kejayaan Acik.

    ReplyDelete
  5. memang tajuk super power.....!! hehehehee...
    tahniah nizam.. review yang menarik dan menghiburkan..
    tapi kalau ada Jamal Abdillah kat sebelah lagi best.... :p

    ReplyDelete
  6. Jamal mana Jamal? Ahha.... Untuk Acik... terima kasih kerana sudi berkenalan dengan kami semua di EFG :)

    ReplyDelete
  7. terbaikk EFG..nizam kat mn nya jamal abdillah tue..acik low profil dan sangat senang untuk beramah mesra dengannya

    ReplyDelete
  8. nizam baca tajuk memang dasyat.. all the best buat semua EFGiers :)

    ReplyDelete
  9. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  10. acik terbaik!!!
    nizam, awat layout blog tulisan masuk ke sidebar...

    ReplyDelete
  11. dengan penyertaan Acik Aku penghibur. banyak memberi nasihat dan tips untuk kita. Patutlah Blog Aku Penghibur berjaya memenangi Malaysia Best Lifestyle Blog. Memang patut baca dan lihat sendiri kenapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamanya nak tunggu ampa baru nak masuk komen sini nohh...

      Delete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.