Usah rasa takjub , rasa hairan dengan amalan diri sendiri. Kita pun tak tahu amalan orang lain pun lebih banyak dari kita. Kita tak tahu mana satu amalan yang Allah terima. Rasa-rasa macam dah besar sangat amalan , ingatkan dah banyak amal ? Bukankan sedikit riak dan sombong itu dinamakan syirik kecil?
Kita doa doa sahaja lah semoga Allah menerima segalanya. Kita doa doa semoga Allah memandang kita. Allahumaj'alna minal maqbuuliin ( Ya Allah , jadikan kami dalam kalangan orang-orang yang diterima )
Usah perkecilkan amalan orang lain, mana tahu disisi manusia nampak kecil , siapa tahu besar nilaiannya disisi Allah
Lubang yang kecil mampu saja membuatkan kapal karam. Tengok sahaja lah sang titanic tu
Tengok ni anai-anai dalam kelas aku , halus & kecik sahaja , tapi makan dalam , duri dalam daging , sedar tak sedar dalam diam merosakkan rak buku kayu anak murid aku ni. Motif ? Kena beli rak baru lah jawabnya
![]() |
anai-anai kecil yang berbisa mampu meruntuhkan rak kayu |
kikikih . ada kesinambungan die kat situ . biasenye bende kecik ni kite buat taktahu lame2 merebak lah die
ReplyDeleteanai anai jgn dibiarkan..... boleh hancus rumahhh
ReplyDeleteanasir perosak yg halus jgn dibiarkan...tapi amalan kebaikn yg pada anggapan kita amat bermkna pada Allah swt...
ReplyDeleteperrggghh...!! duri dalam daging.... :p
ReplyDeletesekarang anai-anai dah pandai, dia p makan wayar letrik sekali. grrrr
ReplyDelete