05 April 2015

Tabiat Minum ' Teh O Ais' Penyebab Kegagalan Buah Pinggang


Tabiat meminum 'teh o ais' dikatakan boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang. 
Foto oleh na5wa.com

Seorang lelaki dari Arkansas, Amerika Syarikat dilaporkan mengalami kegagalan buah pinggang dan ia dikaitkan dengan tabiatnya yang gemar minum 'teh o ais' yang keterlaluan.Dia yang berusia 56 tahun itu dikatakan meminum sehingga melebihi empat liter 'teh o ais' setiap hari.

Teh hitam komponen utama minuman itu dikatakan mengandungi banyak kandungan garam asid ataupun oksalat, yang sering dikaitkan dengan masalah membabitkan buah pinggang. Ekoran tabiat minum teh lelaki itu menyebabkan kadar pengambilan oksalatnya lebih daripada 1,500 miligram sehari.

Selepas dimasukkan ke hospital sekitar Mei tahun lalu, pemeriksaan hospital mendapati air kencingnya dipenuhi gentian kristal kalsium oksalat.

"Ia adalah penjelasan yang munasabah,"kata Dr Umbar Ghaffar dari University of Arkansas.

Beliau bersama dua orang lagi doktor memberikan penjelasan mengenai kes ini menerusi laporan yang disiarkan New England Journal of Medicine pada Khamis.

Oksalat turut terkandung dalam pelbagai makanan harian lain seperti sayur bayam, coklat, kacang dan dedak gandum. Lazimnya pakar menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil lebih dari 50 miligram oksalat dalam sehari.

KREDIT : SUMBER : Astro Awani |Kemas kini:April 04, 2015

* * * * * * * *

PILIHAN TEH SIHAT :- CINCH ENERGY TEA MIX

8 comments:

  1. Bahaya jugak minum teh o ais ni rupanya, dah la minuman favourite ni. Tp mamat ni gila la minum 4 liter sehari, memang mintak sakit tu namanya.

    ReplyDelete
  2. minum air masak jer... haha

    ReplyDelete
  3. Dia minum secara keterlaluan la ni..

    ReplyDelete
  4. Alamak.. teh o ais mmg pilihan minuman klu time lunch. Kena bertukar sirap pulaklah mcm ni.. takut pulak jadinya huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni setahun minum 2 kali je... haha

      Delete
  5. alamak fav cam mana...??

    air masak pon sedap jugak.... kan kan kan

    bonde dr #exchangefeedgroup

    ReplyDelete
  6. air masak memang the best..

    yes... efg team

    ReplyDelete
  7. selalu juga amalkan banyak minum air masak. terutama ketika bersukan...

    jaga pemakanan, kekal aktif dan banyakkan minum air masak

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.