26 April 2015

SELURUH CINTA

KEBAH DEMAM DENGAN MADU

Kaulah seluruh cinta bagiku ,Yang selalu menenteramkan perasaanku

Alkisah semalam , kami pergi delivery shaklee kat Batu Rakit dan candle light dinner di Matt Cafe , Gong Badak 

order barang shaklee
tu dia vivix untuk kak ma yang tak sabar-sabar menunngu ketibaannya tempoh hari

Alkisah sampai rumah , dalam jam 10 malam , baheja cakap panas kepala , nak demam. Kebetulan stok vitamin mealshakes , chewable vita c semua dah habis Tinggal vitamin aku dengan vita c plus bonda dia je. Godek-godek peti ais , ada lah stok madu , madu pure. Sepantas kilat bagi baheja minum madu ( ha jangan ingat kitorang taksub shaklee lupakan sunnah , banyak je stok madu ,kurma , kismis kat rumah kami ni , jangan main claim je jual makanan sunnah , tapi yang sunnahnya 5% , bahan sintetik 95% , jual madunya 20 % selebihnya campur air gula kemudian nak ambush-ambush pengedar shaklee pulak ) , ok lari tajuk sikit

Selepas minum madu , lewat malam , badan kakak makin panas , tangan , kaki semua rasa panas 
( tapi tak ada lah sampai kronik ) . Baring sambil letak atas kepala kain lampin yang dibasahkan. Dua kali jugak baheja terkejut tidur mengadu panas kepala semalam , pukul 2 dan 4 pagi. Aku rasa time ni bonda dia boleh handle , so aku teruskanlah mimpi lenaku

Alhamdulillah , pagi ni panas-panas kepala atau simptom awal demam tu dah kebah.  tak perlu pergi klinik. Tak ada gambar demam, ada gambar masa baheja kecik je , umur setahun rasanya masa ni


kebah demam dengan madu
kesian anak abuya

kebah demam dengan madu
ni gambar hari ini , baru-baru nak kebah ni , aku suruh posing
kebah demam dengan madu
baling belakang : gembira dapat adik
Tuhan , berikanlah mereka seluruh rasa kebahagiaan dan kegembiraan aku dan biarlah aku yang menanggung seluruh rasa keperitan , kesedihan dan saat-saat sukar mereka


Love And Faith
Abuya

12 comments:

  1. dalam surah an-nahl ayat 69 pun ade menyebut "madu mengandungi syifa' bg manusia.."..:)

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum..salam singgah..
    terima kasih :-))
    semoga kakak cepat sembuh dan aktif kembali
    .amin

    ReplyDelete
  3. moga baheja cepat sembuh...amin

    ReplyDelete
  4. assalam ,terimakasih sudi singgah blog suram kakak.
    comel2 anak nizam...harap kakak tak demam lagi.

    ReplyDelete
  5. baheja walaupun sakit comel ja..semoga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  6. makanan sunnah terbaik...memang amalkan bila anak2 kurang sihat

    ReplyDelete
  7. semoga terus sihat ye..sian tengok anak-anak kecil ni sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sihat dah kakak , berjangkit kat adik pulak semalam.. Ameen

      Delete
  8. amin ya Allah moga cepat sembuh ye !!

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.