24 April 2015

SECEBIS KENANGAN DI KAHERAH

SISI LAIN MESIR YANG ISTIMEWA

CAIRO ON THE OTHER SIDE

Disana bukan sahaja masyhur dengan sirah Kenabian , Rasul Musa & Firaun , Lembah Nil , kota peradaban , kiblat ilmu dan gelaran kota seribu menara dan terbaharu dengan revolusi rakyat

Tapi Mesir juga syurga buah buahan.. Kalau di Malaysia , buah buahan eksklusif macam oren lazat, peach , aprikot , strawberi , ceri yang manis-manis boleh dapat di pasaraya, tak pun di cameron highlands

Di Mesir , buah buahan eksklusif tu hanya boleh dapat di tepi-tepi jalan...selain gerai-gerai, kiosk keldai bergerak yang unik... gerai-gerai & kiosk keldai bergerak ni kadang-kadang hanya berdekatan sahaja antara mereka.

Bukan sahaja harganya murah . Rasa? Undoubtedly sedap , enak manis to the max , musim-musim sejuk makan oren, memang tak payah telan vita c plus dah.. diorang buat jus pun pure dan asli tanpa gula tapi tetap lazat.. jus buah seratus peratus.

Walaupun Mesir sistemnya lebih 40 tahun ke belakang dari Malaysia , tapi mesin air tebu nya canggih  besar dan nampak class

Mereka bangsa yang gigih, kalau sebut bab fesyen , lebih terkehadaan. Pemudanya nampak kasar dan ganas ,tapi berjiwa keTuhanan , lembut dalam hati ada taman, kalau bergaduh , bertumbuk, sekejap sahaja , tak lama boleh baik-baik macam tu saja macam tak ada apa-apa. Orang kita yang digelar penuh kesopanan dan santun , nampak lembut , kalau bergaduh , kadang-kadang memang lama , berdendam , jiwa liat dan keras. Di luar je bertaman , dalam hati ada batu.


kenangan solat raya iduladha di cairo
kenangan time ni , solat raya 'eiduladha di masjid belakang asrama kami

Damn i miss you Cairo . I mean it

Sebenarnya , aku nak cerita aku beli buah je 2 hari lepas , ni stok untuk seminggu 


buah-buahan mmurah
buahan ni semua ni berjumlah RM 31.00


6 comments:

  1. teringin nak pergi..cousin dayah ada dekat jordan selalu suruh datang jenguk dia..huhu

    ReplyDelete
  2. teringin nak pergi..cousin dayah ada dekat jordan selalu suruh datang jenguk dia..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi cari jodoh... cousin medic ke?

      Delete
    2. same la..cousin ade kat sane.. suka tgk gambar yg dia pos kat fb.. :)

      Delete
  3. teringat novel Ayat-Ayat Cinta... ehhh..sama ke..?
    hehehehehe... :)

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.