02 January 2015

MAK RATU HATIKU


[ MAK IS MY LIFE ]

bukan mudah nak jadi macam mak , mak bukak perniagaan pada 1994..   20 tahun sudaah.
mulakan perniagaan , bukan mudah nak dapatkan kepercayaan tauke tauke cina.. Alhamdulillah mak dikurniakan bermulut manis , pandai sembang , pikat orang (aku je yg tergagap gagap nak jumpe dan bercakap dengan orang)...heh he..
tauke tauke cina beri kepercayaan hantar stok-stok perabot..


Kitorang budak-budak lagi apa tahu... apa sangat yang kitorang faham... mak sakit pening dalaman , setakat mana sangat lah boleh selami hati mak,... 6 bulan mak tak tidur lena , Allah sahaja lah Yang Maha Mendengar ... siang malam fikir macam mana nak settlelkan bayaran stok-stok koleksi perabot di gudang tu... kadang-kadang tak mampu tahan takungan ,air mata mak tertumpah juga , kadang-kadang tak sempat nak lap , air mata kering sendiri...

Alhamdulillah , bukan sedikit usaha yang mak curah, bukan segeleng dua keringat yang jatuh.. bergeleng geleng... orang perempuan ambik lesen lori , .? kat daerah aku , masa tu ada ke orang perempuan ambik lesen memandu lori dan kadang-kadang bawa lori...? mungkin ada sorang dua , tapi tak ramai.... ye.. mak memang wanita besi!
ye lah , masa awal-awal nak mula , mana mampu nak ambik ramai pekerja.. ayah sebelum pencen kerja kerajaan , balik kerja petang... kadang-kadang pekerja buat hal , tak datang la , berhenti la ,mak la yang terpaksa bawak lori tu kalau customer nak suruh hantar barang segera... kitorang temankan , angkat barang sikit-sikit boleh la...

Alhamdulillah , mak sumber inspirasi nak berbisner..darah yang mengalir dalam tubuh ni darah bisnes mak...Alhamdulillah , berkat sabar mak dan banyak dugaan ditempuh , sedikit demi sedikit Alalh tunjukkan jalan ,,  kitorang start rasa nasi goreng pataya pun setelah 10 tahun hidup.. time tu first time tengok rupa nasi goreng pataya , rasa dah jakun sangat.. padahal nasi goreng balut telur je.. hihi..

Perlian orang.. ermm.. tak yah cakap laa... dah biasa.. lali dan kebal dah mak hadap.. Sebab tu la kot , mak berjaya dan tabah.. Mak jual perabot secara ansurans bagi siapa yang nak bayar ansurans atau bayar kali..nak mudahkan orang-orang sekampung nak beli.... ye la bukan semua mampu bayar cash..  tapi ramai juga bertanam tebu di pinggir bibir.. Janji nak bayar tetap bulan bulan ,.. cukup time , tak bayar... sebulan takpa lagi..  sampai setahun dua tahun , mana mahunya kita tak marah.. kan.. bila kita pegi minta hutang , dibalasnya dengan parang... haaa ngeriii tak..?

So sekarang ni.. setakat duk dengar orang cakap buat shaklee poyo ke..takde masa depan la... telan kan jer lah.. ingat ingat balik kisah mak survive!!

Dulu dulu sebelum mak start berniaga , kitorang hidup sederhana.. kalau beli buah buahan , rambutan ke , duku ke , manggis ke. selalu kena catu , bilang bilang biar sama rata kami dapat... kesian kan..
Mak meniaga bukan nak beli Brabus atau Bogati Veron pun , bukan nak buat istana atas bukit , mak nak sekolahkan kitorang je... kejayaan bukan sekelip mata , berjuta juta kelip.. kan

Sayang mak , mak nyawa kitorang.. ratu hati kitorang adik beradik... siapa kitorang harini kerana mak... terima kasih mak..

Saje je ceghiter fasal mak... nak ambik mood baharu dengan start misi baharu tahun ni..!! 
harini 2 januari , ulantahun kelahiran mak yang ke 61... kitorang nak tempah nasi arab jap... jom lah datang .. heh he


Terima kasih Allah 


1 comment:

  1. Ibu adalah wanita yang patut kita sayang dan hormati..tanpa seorang ibu siapalah kita hari ini

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.