17 January 2015

HILANG SUDAH SEORANG ANAK!

hari ni terima whatsapp yang  saya rasa mesej  bermanfaat untuk saya simpan sebagai peringatan diri sendiri & anda...
mesej penting Dr Shukri Abdullah ( banyak kali dah Dr Shukri cakap hal macam ni , tentang anak2 , didikan & asuhan )... Dr Shukri , motivator , pernah sekali kena dengar ceramah motivasi beliau time nak SPM dulu , beliau menjadi motivator jemputan sekolah... Saya juga pernah duduk semeja beberapa kali dengan beliau kerana beliau ialah mentor saya juga masa saya buat bisnes score A satu masa dahulu ... 


*
*
*

Dr Shukri Abdullah

"HILANG" SUDAH SEORANG ANAK ...

Semalam saya pergi makan malam bersama anak saya ke sebuah restoran tidak jauh dari rumah. Pemilik atau mungkin pengurus restoran tersebut memudahkan kerjanya dengan membiarkan anak kecilnya - umur 3-4 tahun - bermain dengan tablet mainan. Memang asyik betul anaknya membawa benda itu merata. Memang mudah betul si ibu tadi bebas membuat kerja tanpa gangguan anak.

Saya tidak berkata apa-apa, cuma perhatikan sahaja. Nak menegur nanti kita dikatakan menyibuk pula.

Apa salahnya wahai Dr.Shukri ? Sakarang memang tidak salah. Malah membantu si ibu tadi membuat kerja seharian dengan mudah. Justeru itulah ramai ibu berbuat demikian. Ada yang berikan telefon mainan. Malah ada yang berikan telefon betul - main game. Ramai bagi telefon-tablet berserta video Upin-Ipin atau Ultraman dsb.

Di mana masalahnya ? Saya bimbang : - Anak kecil ini dibiasakan dengan telefon/tablet mainan. - Bila semakin besar dia mahukan yang lebih canggih. - Mungkin ada juga telefon/tablet mainan versi lebih canggih. - Lama2 tiada pilihan terpaksa berikan telefon/tablet sebenarnya. - Menjelang anak masuk sekolah rendah, gajet ini jadi mainan hariannya. - Jika teruskan, saya yakin menjelang Tahun 3 atau 4 dia sudah mahir dengan tablet atau telefon. - Menjelang Tahun 5 / 6  selain panggilan / mesej biasa, maka:: -Facebook -WhatsApp -WeChat -Game -Instagram -Selfie -You-Tube DAN lain-lain APLIKASI TERBARU nanti adalah sesuatu yang mahir bagi anak ini.

Bayangkan pada umur se muda itu ... -- Anak sudah bijak bermedia sosial -- Anak sudah pandai berhubungan dengan "stranger", namun rakan karib maya -- Anak sudah ada akaun FB, ID WeChat ... -- Anak sudah berpengalaman selfie pada sudut tercantik -- Anak sudah pandai post gambar sendiri hasil selfienya -- Anak sudah masuk group FB "Mari Bercouple" atau "Mari Berkenalan" ... -- Anak sudah cuba jadi "dewasa"

Agak-agak di mana diletakkan PELAJARAN...
PELAJARAN jadi perkara keciL ... boringlah homework 
PELAJARAN jadi No.2 ... cikgu ni tak faham sikit pun dah marah2 ..
PELAJARAN jadi sampingan ... ngantuk dalam kelas pun dimarah 
PELAJARAN jadi hel remeh ... baca post FB lagi syox 
PELAJARAN dah tak berminat ... wow best betul game tu 
PELAJARAN ... sekolah tak best la.

Apabila ibu berleter, Apabila ayah tegur , Apabila kakak nasehat , Apabila abang marah , Apabila nenek turut bising

Lama-lama RUMAH satu tempat yang TERTEKAN. 
RUMAH MEMBER paking seronok. 
LEPAK dengan MEMBER paling best 
LUAH PERASAAN kat boyfriend/girlfriend lagi mereka faham (Sebab mereka pun hadapi masalah yang sama)

BAGAIMANA AGAKNYA MASA DEPAN ANAK INI ? 
Masa depan malap Peluang berjaya ke IPT pudar

Malah bermacam masalah lain. SEMUANYA BERPUNCA ... antara lain .. Mak-ayah nak memudahkan diri sendiri Mak-ayah tak nak susah semasa anak kecil

KINI mak-ayah hadapi masalah besar.

HILANG SUDAH SEORANG ANAK !



semoga bermanfaat

1 comment:

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.