25 December 2014

7 RAHSIA BISNES ORANG CINA


1. Jimat cermat

Mereka memang berjimat dalam berniaga. Saya tahu perkara ini. Jika barang yang masih boleh dipakai, mereka akan jaga dari rosak dikedai mereka. Mereka sangat berjimat cermat.

2. Rajin berusaha

Mereka rajin berusaha, buka kedai jam 9 pagi tutup jam 10 malam. Mereka kata kalau tak kerja nanti jadi malas. Walau mereka dah tua, mereka tetap berniaga. Tengok di kedai runcit milik mereka, mereka tetap bekerja dalam bisnes mereka walaupun ada ramai pekerja. Setiap hari mereka datang.

3. Tidak memberi hutang, hanya pada yang di kenali sahaja.

Mereka akan percaya pada mereka yang mereka kenal atau dikenalkan kepada mereka. Mereka takut memberi hutang kerana takut makan pangkal modal.

4. Harga berpatutan

Ini kemahiran tinggi pada mereka. Mereka akan jual murah dan prinsip mereka adalah lebih baik jual murah untung sikit dari barang tak laku-laku. Mereka pusing duit mereka...pusing dan pusing.

5. Senyuman dan layanan pelangan.

Mereka sendiri yang layan pelanggan. Mereka takut pelanggan lari. Pelanggan adalah raja bagi mereka.

6. Kejar masa

Mereka tidak mungkin buang masa, mereka bekerja bersusah , bersungguh. Bila ada peluang mereka buat sampai habis. Mereka mengejar masa, kalau boleh sentiasa berlari untuk pastikan semuanya cepat.

7. Semak kunci kira kira setiap hari.

Ini yang kurang dibuat oleh bangsa lain. Walaupun bisnes mereka kecil, setiap hari mereka tengok akaun mereka. Mereka sangat berhati - hati.


CREDIT TIPS :-  COACH BAHAR     





Be with us..

NZ World Kingdom
Founder & Director


No comments:

Post a Comment

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.