28 November 2014

FUNGSI & PANDUAN ASAS MEMILIH SUPPLEMENT / V I T A M I N


SOALAN LAZIM

1-Apa makanan tambahan yang harus saya ambil ..?
2-Apa yang harus saya pastikan semasa memilih makanan tambahan tersebut..?




1. PROTIN

Fungsi

  • Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim, Stres, kehamilan, pertumbuhan
  • Perawatan meningkatkan keperluan protin berkualiti. . 
  • Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya. 
  • Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
  • Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. 
  • Banyak sumber protin biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. 
  • Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak.
  • la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan.

Panduan memilih

  • Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
  • Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".
  • Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar eff isiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).
  • la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan,pemanis, atau perisa.

2. MULTIVITAMIN

Fungsi

  • Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.
  • Menampung kekurangan diet yang kecilan.
  • Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.
  • la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
  • Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.

Panduan memilih

  • Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.
  • Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain.
  • Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.
  • Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. 
  • lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.
  • Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. 
  • Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalam tablet yang lebih murah. 
  • Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.

3. VITAMIN C


Fungsi

  • Meningkatkan . respons imun. 
  • Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
  • Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
  • Membantu penyerapan besi.
  • Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi.
  • Membantu memulihkan luka.
  • Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit).

Panduan memilih

  • Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersifat pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.
  • la harus mengandungi kompleks bioflavonoid.
  • Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.

4. ALFALFA

Fungsi

  • Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  • Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
  • Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.
  • la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin.
  • Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
  • la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.

Panduan memilih

  • Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. 
  • Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya.
  • Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.
  • Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai..Salah satunya tak lain tak bukan - Alfalfa shaklee

5- VITAMIN E

Fungsi

  • Mungkin melengahkan penuaan sel.
  • Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
  • Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan. .
  • Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
  • Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
  • Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. .
  • Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.
  • Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.

Panduan memilih

  • Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferol yang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif .
  • la harus mengandungi ahli-ahli laindalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.
  • Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. 
  • Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.

6- VITAMIN B COMPLEX

Fungsi

  • Membantu memerangi kelesuan. 
  • Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi.
  • Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. .
  • Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. 
  • Perlu bagi saraf sihat. .
  • Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stress

Panduan memilih

  • Dalam memilih B kompleks, carikan sesuatu yang bersumberkan kekayaan yis.
  • Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.
  • la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf.
  • Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. 
  • Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut

7- LECITHIN

Fungsi

  • Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak . dari sel-sel.
  • Mengemulsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua. .
  • Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf
  • Boleh menurunkan kolesterol.
  • Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.

Panduan memilih

  • Terdapat beberapa sumber lecitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,
  • Namun sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah dari kacang soya.
  • Carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin.
  • Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lecitin akan terjejas bila terdedah di udara.

8-KALSIUM

Fungsi

  • Membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
  • Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
  • Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
  • Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. .
  • Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. 
  • Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi membolehkan pertumbuhan. .
  • Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.

Panduan memilih

  • Carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.
  • la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungsi badan.

9-BESI

Fungsi

  • Membina sel-sel darah sihat.
  • Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
  • Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
  • Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
  • Membantu mencegah anemia.
  • Penting bagi sistem imun anda.
  • la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. ' Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka - juga rendah. 
  • Biarpun anda cuma mengalami besi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.

Panduan Memilih

  • Besi ferik hampir mustahil diserapkan. 
  • Bentuk ferik merupakan sumber terbaik.Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. 
  • Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus fumerat. 
  • Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupibagi mendorong penyerapan.

10-ZINK

Fungsi

  • Perlu bagi memulihkan luka.
  • Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
  • Amat penting dalam sistem imun.
  • Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
  • Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
  • Memainkan peranan dalam respons stres.

Panduan memilih

  • Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat.
  • Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.

11 - GENTIAN/ FIBER

Fungsi

  • Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir, penyakit divertikular, dan hernia hiatus. .
  • Boleh membantu mencegah kanser kolon.
  • Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan).
  • Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. 
  • Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari

Panduan memilih

  • Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. 
  • la harus tidak mengandungi pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan
  • Keluaran yang baik harus mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. 
  • Nisbah 3 gm gentian bagi setiap 20 kalori adalah unggul.
  • Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau banyak kalori bagi kandungan gentian.

12 - JULAP / LAKSATIF HERBA

Fungsi


  • Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar danmerengsakan.
  • Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. 
  • Herba hijau atau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi.

Panduan memilih

  • Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. 
  • Pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.

13 - EPA/OMEGA

Fungsi

  • Boleh - menurunkan trigliserida. 
  • Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. 
  • Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
  • Membantu sakit kepala bersifat migrain.

Panduan memilih

  • Carikan keluaran yang berlabelkan ,,"tanpa rasa susu"... 
  • Minyak ikan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. 
  • Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. 
  • carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.







kredit sumber  : master cery , master munirah , megastars united group




Bernutrisi & konsultasi PERCUMA dengan saya..


Muhammad Nizam Yusof

SMS / WHATSAPP   013 976 1627

FB : Muhammad Nizam



1 comment:

  1. Kadang2 ada yang main makan jer tak de nak pilih2 janji vitamin boleb je.. tq sharing nizam

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.